Sunday 15 August 2010

Tanpa Notty


Tidak lagi ku boleh hitung dengan jari jemari bila dia tidak lagi hadir dalam hidup aku..aku pun dapat rasakan yang aku semakin pulih dari mengenang dirinya..ya it my notty..tentu para pembaca kerap kali mendengar rintihan aku terhadap dirinya..sehinggakan ada pula merasakan yang aku terlalu mengharapkan benda yang tidak pernah jadi..

Terkadang aku tersenyum sendiri..jangan risau ..kerana tempat ku kini tidak diketahui..tiap kali aku buka pintu..kelibatnya tidak akan muncul2 lagi..walaupun kadangkala aku terkenang..tapi hati aku sudah mula merelakan dia pergi..

Aku punya ruang tuk melihat dirinya..walaupun hubungan kami sudah tiada apa-apa..barangkali dia juga telah berjumpa insan lain yang bisa dipermainkan..ataupun mungkin dia sendiri tidak berjaya tuk menjejaki diri ku..entah..aku tidak punya banyak masa tuk memikirkannya..

Raya Tahun ini sama seperti tahun2 lain..Tahun ini mungkin aku tidak lagi memakai pakaian raya sama warna seperti dirinya..kalau dulu segalanya aku mau sama seperti dirinya..melihat dan membuat perkara yang sama ..bukankah itu satu perkara yang bahgia..

Aku kembali tersenyum..kita semakin dewasa tuk menilai diri..kita semakin jauh barangkali..tapi tidak mengapa..kesunyian ini pasti dan bisa aku isi dengan aktiviti sendiri..aku tidak sunyi..

Perjalanan aku jauh..tapi aku masih bersama teman-teman yang aku sayang..mungkin aku masih lagi disini..barangkali aku harus mencari insan lain tuk pembuka tirai cerita baru blog aku ini..

Satu hari ruangan ini bisa dihiasi dengan cerita yang lebih menarik lagi..apa2 pun Notty ..SELAMAT Berpuasa buat kamu..mungkin kamu marah kerana Tahun ini aku telah lupa hari jadi kamu..mungkin ada baiknya..kerana aku masih ingat lagi kek yang aku beli tidak pula kau hargai..

Kerana kau Notty ..aku selalu mengenangmu...

No comments: