Saturday 14 August 2010

Hari ini


Semua manusia ingin dengar yang baik2 sahaja dalam dunia mereka..tanpa mereka sedar kelemahan hanya berani dikatakan dibelakang sahaja..Kita tahu mana sabar..dan kita dinasihatkan tuk bersabar dengan apa jua yang dikatakan oleh mulut manusia..

Bila kita ingat2 kembali..dimana datangnya semua itu kalau bukan dari diri kita sendiri..hidup penuh perhatian..dan diperhatikan..salahkah kita menunding jari kepada insan itu...sedangkan mereka lebih suka dan rela mengisi ruang2 kosong dalam otak mereka menilai kita..

Langkah demi langkah tidak akan dapat dilakukan dengan sempurna..kerana kesempurnaan langkah kita itu juga sering dipertikaikan..

Kini aku sedar ..bukan mudah tuk menjadi manusia tidak dikenali..jika tidak dikenali ..tidak dikatakan ..dan jika tidak dikatakan maka tidak lah kita sedar atau kenali sapa diri kita sebenarnya..adakah kita sebaris dengan insan2 popular di dalam dunia ini..mungkin juga ia..kerana nama juga sering disebut sebut..

Jika kita pandang ke cermin kita kenal diri kita..sedangkan insan lain hanya pandai menilai sahaja..tanpa merasa apa yang kita rasa..biarkan diri diperhati ..dan mungkin itu juga lumrah manusia ..sering tidak senang dengan kehidupan org lain..hanya kita tahu bagaimana cara tuk menghentikan nya...Biarkan sahaja..mungkin dikesempatan lain..dia tidak seindah apa yang kita lihat.

No comments: