Saturday 21 August 2010

HujanKan Turun...


Lewat Ramadhan ini aku berasa tenang sedikit..Bulan yang mulia..hati mesti mau kawal.jiwa kena stabil..tak mau ada sifat marah2..tapi ada juga manusia yang bersikap iri hati ..memakai baju sopan di bulan yang mulia..tapi jika hati mereka mempunyai hasad dengki dan tidak boleh melihat org lain senang..bagi aku ..org itu pakai baju ..sama juga seperti tidak memakai apa2..kerana keburukan tetap kelihatan..

Walau apa pun yang terjadi lewat ini aku kena kuatkan semangat aku..kalau kita buat amal pun tak kan nak heboh satu dunia..biarlah Urusan itu kita dengan Tuhan..kerana Doa yang dipanjatkan pasti diterima ..kerana Pintu2 Syurga luas terbuka..dan doa bisa diterima..

Sepi datang lagi..baru tadi aku dengar cerita dari kawan ..dirinyer sangat sunyi..aku terfikir adakah keluhan itu tidak bisa diselamatkan..sedangkan dia tidak sedar aku sedang mengharungi dan tabah melalui sekian lamanyer..aku tidak pandai beri nasihat..tapi jika dia paham erti kehidupan..pasti dia tabah seperti aku..

Aku rajin buka website kawan2 aku ..aku lihat gambar mereka..aku doakan mereka bahgia..dalam masa yang sama ada juga kelibat2 org yang kita rindui dan sayangi muncul..memang tak dapat dibendung kata2 apatah lagi..ingin bersuara..lalu diamkan sahaja..

Aku Berjaya Menaip Poem lagi..kekadang aku sendiri tidak mengerti..Poem aku semuanyer berkisar duka..sedangkan aku ini bukanlah seperti dalam gambaran itu..mungkin jiwa ..ya mungkin jiwaku begitu..

Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi..kerana dengan kerja keras aku ..ada juga org yang dapat melihat dan memandang kebolehan yang aku miliki..sesungguhnya ianya datang dari Tuhan yang esa..aku ini meminjam sahaja..

Perjalanan ini diteruskan lagi..sungguh payah ..tapi aku tenang..ketenangan itu kita bisa cari..ya ..kita mampu lakukan..kerana bila hujan yang datang membasahi bumi..itulah nikmat yang diberi.

1 comment:

LURZAN TAZA LIMAJ said...

syahdu syahdan nye citer kamu louie