Thursday, 1 October 2009

Tiada Erti


Redup mata merenung dikau
Setiap sentuhan masih dirasai
Apakah diri perlu disayangi
Untuk meminta jauh sekali

Kepedihan itu tetap terasa
Dikala dikau berlalu pergi
Merasa sunyi dalam diri
Seakan melayang tidak bertali

Tidak punya daya dan kuasa
Menahan diri terus emosi
Bertanya lagi sampai bilakah kita ini..
Sedangkan segalanya tiada erti

Jika Kau Kembali..
Bagaimana..
segalanya..
Tiada Erti lagi..

No comments: