Tuesday, 21 April 2009

Terbang Tinggi2


Jika aku mempunyai sayap
akan ku terbang naik ke awan
berterbangan bebas bak burung di duniawi
merasa keindahan di alam semulajadi

Terbang tanpa rasa ragu
pergi kemana sahaja yang aku mahu
Kudratku tidak akan mengatakan penat
mataku tidak akan henti-henti melihat

Aku mahukan ketenangan
pergi ke atas gunung
dan merasa kepuasan menjalani kehidupan
Pastinya aku bisa meraih kekuatan
tanpa merasa lelah berhadapan dengan keadaan

Selain berjalan aku juga mau terbang
tapi ini takdir dari Tuhan
yang telah menentukan setiap kejadian
dan aku bersyukur kerana terkadang mimpiku juga
membolehkan aku terbang
walaupun ianya hanya angan2.

Terbangkanlah aku dari jiwa yang terluka
merasa bahgia dari derita
merasakan ada nikmat
yang membolehkan aku bisa terus bergembira

Aku masih mempunyai sayap
sayap ku ada pada mereka2 yang menyayangi diri ini
semangat serta sokongan tanpa henti
membolehkan aku terus hidup dan Terbang Lebih Tinggi.

No comments: