Wednesday, 18 March 2009

Aku seorg Penari



Oohooo jangan tak tau kita dulu adalah penari..penat nak lembutkan badan kita nie..memula dulu waktu form 4 kita ada join group tarian,ajakkan kengkawan terus melekat sampai abis belajar,kalau ingat2 balik memang kelakar gile..cikgu yang mengajar kita dulu adalah cikgu mizan..cikgu kita yang ajar tarian ni adalah jugak dikalangan ala2..tapi kita manalah tau konsep ala2 dulu..maklumlah dulu kita bebudak lagi..perkataan nyah2 ni memang tak der dalam kamus..kalau pondan tu tau lah.

Cikgu kita sangat la garang hai walaupun dia ala2 garang siott....sampai takut dari keras kejung menari sampai lembut dah longlai langkah..tapi kira oklah bila garang2 macam askar terus dapat tempat dihati satu sekolah masuk pertandingan menang sesaje ..tak kira lah pertandingan kat kawasan mana..sekolah kitaorg kira sengit gak lah dan dinanti2.

Zapin kat johor ni memang faymes giler sampai lagu dan irama dia memang tak dapat dipisahkan lagi bila didendangkan memanglah hai memikat hati semua pihak satu lagi bebudak zapin ni terdiri daripada perempuan2 yang cantik2 dan lelaki yang elok2 ( termasuklah aku hahhaah) that y lah kitaorg dikatakan glamour la jugak..kat sekolah tu.

Kalau dulu memang rajinlah join tapi sekarang kalau nak suruh join zapin ni ..dah lupa step la 1 sampai 8 tu ingatlah jugak..tapi menari zapin memang enjoy giler dengan lenggok dia yang very the mencabar dan juga memerlukan kesabaran..bukan senang ok nak menari Zapin nie..last sekali aku nampak geng2 aku bila diaorg join Yayasan warisan johor menari untuk Siti Nurhaliza (Ya Maulai )Pastu aku dah tak nampak diaorg dah.

Aper per pun aku enjoy jadi penari ..segala nasihat yang cikgu aku beri tu aku gunakan dan ingat sampai sekarang (enjoy that moment) ..kalau boleh nak kumpul ngan geng2 yang gile2 macam dulu..but now semua dah besar panjang..zaman kegemilangan tu memang tak dapat aku lupakan sampai bila2..huhuu..

No comments: