Wednesday 4 February 2009

GAME

Biasanya kalau kawan2 bagi game kat aku mesti aku ignore coz aku jarang sangat main game kat dalam facebook ni..ada pun just tuk test2 power sahaja,tapi game kali ini sangatlah hebat dan ianya telah melibatkan diri ku..jika aku cuba membuangnya maka gagallah aku ..kerana aku tahu bukan mudah tuk aku menolaknya..

Game ini adalah antara aku dan juga dia..dia memberikan game ini supaya hati ku sakit dan tersungkur bagi melupai dirinya..aku start game ini dengan rasa penuh tercabar...membuatkan aku lagi berani..

Game Ini hanya memerlukan 2 pihak sahaja
pertama : kau
Kedua : Aku

Aku berikan kau percuma markah satu kerana kau telah berjaya menguris hati aku,aku tidak alpa lalu bingkas bangun tuk menyatakan pada kau yg aku juga hebat dalam rentak ini,kau nyatakan yang kau ada notty ngan insan lain..tak mengapa aku juga ada kawan2 yang lebih hebat dari itu,kau add insan baru dalam friendlist kau..ahahhaa aku tergelak besar kerana aku kenal mereka tak rugi satu markah sekalipun..mereka juga kawanku..bukan ditahap bahaya pun..

Kau sakitkan hati aku dengan susunan ayat di sms yang kau berikan..aku hampir terjatuh bila mana kau katakan yang kau tidak jadi datang..ahahaha..aku tahu it just a game..aku tau itulah caranya kau cuba menjauhkan diri dan berlalu pergi..aku nyatakan disini tidak sedikit aku kesali malah aku nyatakan aku bukan gile sangat tuk bermain game ini..banyak lagi game lain yang aku dah lalui dan tidak sedikitpun aku gagal menangani malah berada di tahap yang aku sendiri tidak jangkakan..

Game yang kau berikan ..seumpama budak spm yang baru mengenal cinta..tapi aku bukan bodoh ..aku sudah cukup dewasa mengenal apa itu gagal,kecewa,hampa,sedih dan juga gembira..itu semua aku telah rasa..kerana segala game yang diberikan ini membuatkan aku lebih dewasa.

Game ini pastinya belum tamat ..aku tetap dan akan terus bermain selagi aku masih disini..kerana aku tidak pernah serik dalam perjalanan hidup ini..walaupun kau sakiti aku dengan cara ini..aku mampu tersenyum kerana..Masih Banyak jalan ..selagi mana kau corakkan jalan tersebut tidak sedikitpun aku katakan yang aku akan mengalah..Game ini ada dipertengahan..sapa yang akan tamat dulu..kita tunggu...

No comments: