Wednesday 25 February 2009

Cinta Karma

Aku pernah membenarkan diri tuk dicinta
kurela berkorban apa sahaja demi kau..
merasa gembira dan bersedia dalam segala
apa yang telah kau janjikan

Kau katakan ini cinta..cinta yg tidak
berlandaskan paksaan
sebaliknya ianya adalah keikhlasan
dari hati yang benar2 cinta..

Kau memberikan aku harapan
hinggakan aku alpa
dan merasakan kaulah segalanya..

Lalu kau pergi dengan memberikan aku
kepahitan hinggakan aku tidak bisa bangun lagi..

Aku teruskan perjalanan ini
walaupun Penawarnya
sukar tuk aku ketemui..

Kemudian kau muncul kembali tuk menyemai
segala benih2 cinta yang telah lama mati..
kau hadir dan aku ada disini..
aku tidak menolak kedatangan kau malah menyambut mesra..
kau mengucapkan kata2 seperti yang pernahku dengar dahalu..


Segalanya telah mengajar ku
erti kesabaran..
melupakan apa yang telah terjadi
agar aku tidak menangis lagi..

Dan kita cinta aku beri
Khas buat kau yang ingin menagihnya kembali
kerana cinta ku bukan cinta yang dahalu
sebaliknya cintakarma yang harus kau hadapi..
hingga akhir nanti..

No comments: