Tuesday 27 January 2009

Club : Episod 1 “ Just Dance"



Hari ini lepas jerk habis kerja aku terfikir nak pergi ke club..entahlah aku sendiri tak tau..perkara pertama dalam otak aku kalau Si Notty tu tak datang jugak jumpa aku ..aku akan buat kerja bodoh aku ini ..iaitu aku ke club..tak kiralah kan coz dah lama giler aku tak jumpa dia..

Lepas sahaja satu hari aku berkurung kat dalam rumah ..Aj sempat msg aku ..dia bagi tau kat aku nak join gi club tak..aku Tanya dia club manalah kan ..dia kata bukan club tapi DISKO..la hai sama jerk lah kan…aku macam teragak2 jugak sebenarnya nak pergi..lebih2 lagi aper aku nak buat kat club tak lain tak bukan buat penat badan jerk..

Keputusan aku dah buat ..kang kalau tak pergi..nanti aper plak kata kawan aku ..sebab aku dah berjanji nak pergi..so aku pun setuju..oleh kerana aku rasa macam terkilan sangat dengan notty so aku pun buat keputusan tuk lepaskan tekanan kat club aje..

Aku membelek jam dah nak dekat pukul 11.00pm..aku harus cepat siap coz 11.30pm Aj akan sampai..aku tak tau nak pakai aper sebenarnya..aku mandi pekena diadoran George Armani dengan Perfume Dior aku tu ..ngan baju hitam yang tertulis “I only sleep with the best” bagi terbeliak sikit mata diaorg yang memandang ..bagi senang skit org pandang yang aku bukan calang2 org yang diaorg boleh permainkan..katanyer..(tapi tetap terlukakan)…Katanyer..

Dalam perjalanan ..memang aku ngan Aj banyak citer pasal nak pergi bercuti beramai2 dengan warga tulip and tidak kurangnya mengumpat sekejap pasal sorang ni..yang memang bermasalah(xleh bagi tau) tapi tak per lah kan..at last ramai gak akan bercuti nanti pada 14 feb ini.

Sampai kat club belum lagi kul 12..rasa macam tak ramai jerk malam ni..kalau tak ramai malam ni ..aku cakap kat Aj kita lepak jerk lah Mali ..minum2 kat situ..sambil tu boleh lah kita cuci2 mata tak pun kita boleh bincang pasal cuti tu..aku teringin nak tengok Pantai…lagipun memang tidak pernah yerk pergi ke situ..kesempatan inilah aku ambil supaya aku dapat pergi..

Sampai kat dalam club hampir setengah jam aku duduk nak tunggu music yang best2..and mata tetap meliar yerk..ada gak lah org dok mengusha2..tapi aku sendiri tak der mood..aku belik2 juga msg2 kot2 Si Notty hantar..bayangkan lah dalam club yang penuh ramai org ni pun dalam kepala otak aku tetap ingat kat dia..betapa setianya aku pada dia..tapi dia tetap hampeh seperti yang aku kenali..(aku lakukan ini segalanya kerana dia..biarlah)dia tidak akan sesali barangkali..

Nasib baik jumpa kawan2 aku semua kat dalam ini..Ada Udd,Izzudin,Daniel,Mizi,Sebestian,Zaff,Shah..kira tak boring lah kalau nak kaco2 owang kat dalam ini..aku pakai spec hari ini jadi dapatlah cover sikit muka aku dari dilihat..hari ini aku tak nak fikir aper kalau boleh aku nak lepaskan segalanya kat sini..

Terperanjat aku seketika bila time menari2 ..ada yang menegur aku “Warga Tulip”Ohhh mungkin dia baca kisah aku..dan mungkin juga dia pernah ternampak blog aku yang memang complicated tu..(im not good writer lah hai..) just a simple guy..hahhaha..anyway thanx a lot coz sudi membacanya ya..hahhaa

Aku habiskan masa sampai habis kat sini..kenal sapa2 ? oh tidak ..aku tidak ada sapa yang aku minat walaupun ada yang berminat kat aku..entahlah aku lebih selesa kacau2 begitu2 sahaja..tidak lebih dari itu..kerana hati aku ini buka mudah ..hahaha..bukan mudah yerk..last sekali yang aku ingat ada sorang ini dah baca apa yang tertulis kat baju aku ..and dia pun cakap..i also the best in bed , dalam hati aku Motif cakap cam tu kat aku ..hehehe..maybe kot..dia follow aku ke hulu ke hilir tapi aku wat dono jerk..actually aku tak kuasa sebenarnya coz aku pun tak Nampak sangat muka org ini..kalau layan2 cam tu jerk boleh lah kan..aku prefer berada dilingkaran kawan2 aku ..aku jadi lebih selesa.

No comments: