Monday 22 December 2008

Work,Night Life Dan Dia


Melangkah laju tuk pulang..aku kepenatan sebenarnya hari tu baru pulang dari Jakarta dan juga Bangkok..rasanya tak sabar2 lagi tuk kembali ke sana..aku mau kan ketenangan itu yang nyata..

Selang beberapa hari sudahpun masuk kerja..penat nya amatlah terasa..maklumlahkan bila dah bercuti lama..tiba2 kena kerja rasa macam malas sangat..bukan kerja tak der..kerja banyak sekali ..pening kepala tuk aku satlekan satu persatu..tapi perkara yang aku satlekan awal2 adalah hal tentang rumah kalau boleh aku tak nak lah tangguh segala perkara agar tidak belaku kesulitan di sekian hari...

Aku sempat menghabiskan masa dengan teman2..banyak cerita yang dikongsi bersama ..tidak ketinggalan juga gossip2 menarik ..mana yang jumpa dan mana yang tidak jumpa..rutin harian aku kembali semula..aku buat kerja seperti biasa..night life..oh tidak aku tak mau ketinggalan ok..aku juga mau bergelar PartyBOy..yang tidak ketinggalan dengan kehangatan dunia Malam..Aku sendiri sudah lama tidak menari..

Di club aku berjumpa dengan ramai teman2 lama..mereka juga gembira dgn kehadiran aku..Dari awal hingga akhir disitulah aku berkenalan dengan insan bernama manusia..belajar selok belok dunia yang penuh dengan onak dan juga duri..siapa kata "Budak Club" Liar2 semuanya..tidak sama sekali ..ada yang aku jumpa sangatlah baik sifatnya ..dan aku kagum bila mendengar perbualan serta pengalaman yang mereka lalui..aku kagum..cuma mereka2 ini adalah dikalangan mereka2 yang Lonely..huhuu same like me..

Cerita tidak berhenti disini..aku berkenalan dengan mereka2 yang gah gah Jawatan serta titlenya..disitulah aku belajar tuk membangunkan diri agar lebih bersedia tuk hadapi hari2 dan masa2 akan datang..banyak aku belajar..berhibur tidak semestinya tidak mendapat ilmu..Di Sebuah club yang execlusive dengan pemandangan dalaman yang cantik lagi mewah..terbentangnya bangunan berkembar KLCC diluar bangunan pastinya menarik minat setiap pengunjung...aku terhibur disini ..Dj memang pandai main music kali ini..

Dalam kesibukan kerja pada hari2 biasa office hour timbul rasa ingin berjumpa dengan org yang dah lama aku tidak jumpa..terus terang sepanjang aku berkenalan dengannya aku tidak sama sekali bertanyakan latar belakang keluarganya..hinggalah pada hari semalam kalau tidak silap aku ..jam berapa ..aku memang tidak ingat..yang aku ingat dia mengajak aku datang ke rumahnya..aku terfikir banyak dan banyak kali tuk melangkah pergi dari rumah..

Habis kerja jam 7ptg..even sunday tetap gagah juga bekerja...bayangkanlah .semalam baru sahaja berparty..inikan pula hari ini bekerja..pastinya mau tumbang..nasib baik lah ada sumplement yang boleh memberikan sedikit tenaga yang membolehkan aku membuka mata besar2 depan PC ini..

Cerita balik pasal ajakkan itu tadi..keputusan diambil dan aku pergi juga ke rumahnya ..sepanjang perjalanan aku dok diam aja..maklumlah tido2 rumah org ni aku memang tak biasa..walaupun aku dah kenal lama dengan dia ..sedikit pun aku tak ambik tau pasal keluarga,siapa dia,kerja mana ..segalanya tidak penting bagi aku ..yang penting kita berkawan dengan niat yang ikhlas..

Tiba di kawasan yang agak gelap..terbentang sebuah rumah yang besar..wahh macam cerita2 drama plak..tapi ini bukan lah satu drama yang aku sendiri nak rekakan..segala yang berlaku dalam hidup aku ..aku rasa harus aku kongsi bersama dengan teman2 yang lain..pagar dibuka dengan penuh cermat..wah tersergam indah rumah besar ini..kereta juga ada beberapa bijik..aku diamkan aja..dalam keadaan penuh rasa segan aku masuk sahaja ke dalam rumah..rumah ini adalah rumah dia..cuma keluarga dia tidak ada..dia kata org tua ke luar negara bercuti..baru dia berani bawa kawan..aku tergelak sendiri ..kawan sendiri pun dia tak berani nak bawa balik..anak mak tul dia nie..hahhahaha..

Aku merasa kehidupan dia lebih baik dari aku..Aku rasa baru dia percayakan aku sebab itu dai ajak aku datang ke rumahnya....aku gembira dan dengan rasa itu juga aku kagum kerana apa yang dia ada ..dia sedikitpun tidak menunjuk ataupun memberi tahu org lain..aku tidak tidur agak lena kerana aku sendiri tidak biasa tidur di rumah org..cukuplah aku katakan..di rumah yang besar ini ..aku merasa ketenangan ..dan dengan adanya kawan sepertinya juga buat aku rasa happy..sesuatu yang kita bincangkan malam tadi..dan banyak yang aku dapat kini..Aku bersyukur kerana aku masih ada kawan yang ikhlas utk berkawan bukan kerana harta ..bukan kerana rupa ..walaupun punyai segalanya di Dunia..

Alhamdulillah...Syukur dengan apa yang ada..Amin..

No comments: