Monday 22 December 2008

Apa yang perlu ...JagaLah Kebersihan..




Balik kerja sudah penat..trafic plak asyik jam aje.. nasib baik lah aku naik public transport..nak train sahaja.. keadaan di ibu kota ini sangat kotor ..penuh dengan habuk.. sesak nafas aku tuk berjalan..tapi aku terpaksa harungi jua kesesakkan lalu lintas membuat aku sendiri tidak faham sampai sekarang ..masih tak der jalan penyelesaian tuk mereka2 itu menyelesaikan masalah tersebut..

cadangan telah dibuat..ada kemudahan Monorail,Lrt Putra,Lrt Star ,Komuter,Erl..Semua dah disediakan..tapi bagi aku ianya semua tidak menepati apa yang aku bayangkan dinegara2 membangun lain seperti singapura dan juga Thailand..lrt diaorg bagus giler..Bukan aku
nak komplain lebih2..tapi buatlah sesuatu supaya kemudahan itu lebih baik tuk masa akan datang..dan dipandang bukan sahaja rakyat dinegara ini tapi dinegara luar juga..

Kebersihan ..rasanya penat kita cakap "Jaga Kebersihan" tapi jawapan tetap sama..manusia memang tidak faham dengan bahasa MEREKA sendiri.. ..tidak mau jaga kebersihan..bila kebersihan tak dijaga..tikus berlambak2...bila aku jalan2 nak pergi kerja
banyak tengok tikus kena langgar..aduh kesedihan..tapi dalam hati bagus juga dia kena langgar..kalau tak kena langgar alamatnya bertambah banyaklah tikus besar2 kat KL Nie ..Naik takut aku dibuatnya .Bila Malam Nasib baiklah ada burung hantu ..tak pun burung gagak
ditengahari tuk meratah makanan,bangkai tersebut..rutin begitu sahaja nak harapkan Kucing..aduh kucing kat kl ni semuanya kontrol cun aje mana nak makan tikus2..aku rasa kalau kucing tengok tikus2 sekarang ni pun dia lari..ada anjing pun setakat buat bising ..bila anjing kejar kucing habis kucing2 tu lari bertempeliaran..ada yang dapat bunuh kucing.. mati keesokkan hari nyer..hmmmm sedih..

Itulah rutin yang biasanya terjadi dari pandangan mata kasar ini.. Malam plak susah nak tidur bila banyak sangat kenderaan lalu lalang.. kalau lah ada kawasan yang lebih aman..nak duduk atas bukit .. aku takut plak tanah runtuh..apalah nak jadi dengan sistem yang ada ni sapalah yang perlu kita salahkan..segalanya tidak selamat sama sekali

Kalau nak bersembang kat sini masalah yang berlaku dan apa yang perlu dilakukan memang tidak akan habis..tapi kita sebagai manusia.. haruslah mengambil berat segalanya ..menjaga kebersihan,jangan buang sampah merata2 ..amalkan gaya hidup sihat dan juga saling nasihat menasihati satu sama lain..barulah kita dapat menjaga segalanya ..dengan kesedaran yang ada pastinya ..kita boleh lihat segalanya akan baik2 belaka dan kalau ada kejadian2 yang tidak diingini tidaklah kita aysik geleng kepala sahaja..semoga kita dapat jaga diri kita..dan juga org yang tersayang...huhuuuu

No comments: