Monday, 16 December 2013

Aku kan Lupa..

Sebaik2 pengalaman adalah melupakan kisah pahit..
itulah yang aku titipkan dalam hati..
aku cepat lupa dan biarkan ianya pergi..
kerana bagi aku tidak lah baik tuk diri
jika aku terus memikirkan..

usia bukan penghalang..
walaupun bayang2 silam masih kelihatan
aku tidak mahu ketinggalan menikmati
nikmat hidup ini..
lalu aku luangkan masa
kepada sesiapa sahaja yang sudi bersama..

gigihkan diri menyertai mereka
dan tidak sanggup keseorangan..
aku akui terkadang aku memang biasa sendiri
adakah itu lebih baik ?

tanya hati ..
telah lupakah aku pada dia..
aku telah melupakan dia lebih awal
walaupun dia tetap menganggu..
satu hari kita kan jumpa..

tatkala hati mahu melupakan
datang pesan2 penting yang tidak aku lupa..
kau palitkan luka..


parutnya tetap ada..

1 comment:

Mista_eyedeal said...

dan parutnya masih ada....