Saturday 7 August 2010

Maaf..


Apalah nak dibanggakan dengan dunia ini..sedangkan kita sendiri telah tahu ..Dunia ini hanyalah tempat sementara sahaja..selebihnya di Akhirat Kelak..

Kalau manusia telah melakukan dosa pastinyer dia harus memohon keampunan Kepada Tuhan..tapi kalau perbuatan itu terhadap manusia sesama manusia..makanyer kenalah mintak maaf sesama mereka..

Lately aku lebih rela mengalah ..macam2 aku kena..tapi kata hati ..kalau kita tidak memaafkan seseorg yang telah buat macam2 ke atas diri kita ..kesudahannyer ati sendiripun tidak akan senang..

Jadi apa2 pun yang berlaku selepas ini ...aku halalkan dan maafkan sahaja..aku perlukan ketenangan dan kekuatan..tak perlu nak tunggu pose ker, Raya ker..Esok lusa kita tak tahu lagi samaada kita masih idup atau pun tidak kat dunia ini...

Hari ini aku telah menghantar email kepada seorg kawan yang pernah melukakan ati aku..salah faham kami berlanjutan hingga ke hari ini..aku menaip dan mengalirkan air mata..

Walaupun dia tidak membalas kemaafan yang aku hulurkan ..aku tak kisah..janji aku dah buat yang terbaik tuk diri aku ..aku lega...

No comments: