Friday, 18 June 2010

Balasan Bertahun..

Tika ini..
kita bangun dari tidur..
kita lihat matahari memancarkan sinarnya..
kita rasa lega..dan inilah Balasan Bertahun..

Kini..
segala perancangan disusun
agar nampak sempurna
dan segala-galanya indah didepan mata..
kita tersenyum dan inilah Balasan Bertahun..

Bila..
ribut melanda..dan memusnahkan
harta-benda..
kita rasa hampa, punah segala harapan
dan kita katakan kenapa.. inikah balasan bertahun..

Tapi kita lupa..
dimana letaknya syukur..
bagaimana kita membina..
apa yang kita lalui bersama..
apa yang telah kita rahsiakan..
siapa yang memberi bantuan..
siapa yang sentiasa menyokong..
hingga kita tidak sedar..
inilah balasan bertahun..
yang kita berkongsi bersama..

No comments: