Wednesday 30 June 2010

Ada Pada Mu


Segala Yang ku inginkan
ada pada mu
terkadang aku harus nyatakan begitu
kerna segalanya demi masa depan ku

Segalanya ku lakukan buat mu
kerna ku tidak punya banyak masa
tuk bermain-main seperti selalu
jangan biarkan aku keliru

Segalanya terletak ditangan mu
jika ini adalah satu permainan
pastikan penamatnya penuh keadilan
kerana aku tidak pandai tipu helah

Segalanya terserah pada mu
kerna yang mencorakkannya adalah kita
memberi,menerima dan berkorban seadanya..

Segalanya ada pada mu
kerana ..sekiranya ianya tidak terhasil
aku jadikan ini titik nokhtah kehidupan
kerna aku tidak sanggup lagi tuk bernafas

Apa yang ada pada mu..
itu yang ada pada diri ku

No comments: