Tuesday 1 September 2009

Cekalkan Hati Ku..


Tinggalkanlah aku dengan Dendam
Perasaan hiba dan tangisan
Mengenang setiap penghinaan..
Disebalik keriuhan persahabatan..

Aku pasrah dengan ketentuan
Yang berlaku sememangnya Pengajaran..
Berlalu arus deras tak mungkin
Terputus bekalan di tengah jalan..

Cekalkan hati ku dengan setiap tomahan
Perasangka buruk dan nista dalam perjuangan
Merasa hiba dan juga kerisauan
Namun perjalanan haruslah diteruskan

Ditengah-tengah kota metropolitan
Tersingkap ungkapan yang menjemukan
Disebalik senda gurau yang Memisahkan ..
Corak hubungan yang telah dijalinkan

Pasrahkan aku pada kebenaran
Membenarkan diri dipersenda dalam pergaulan..
Namun hakikat kehidupan sememangnya Berlarutan ..
hanya kita bisa memilih jalan kehidupan..

Insan lemah ini tak mungkin berjalan
Sekiranya hidup tanpa pengorbanan
Hakikat diri sedia hadapi cabaran
Walaupun apa jua Rintangan..

p/s ; Sabar jerk lah..

No comments: