Monday 1 June 2009

Ketua Rumah Sewa

Terus terang louie katakan kat sini..bukan mudah tuk menjadi seorg Ketua Rumah Sewa,Macam2 cabaran dan dugaan yang perlu diatasi,tiap2 bulan nak kena kira dgn adil setiap bill2 yg keluar,mana nak check itu dan check ini agar semua dapat diselesaikan dgn baik,mana yg rosak kena betulkan dan segalanya berkaitan rumah kita selaku ketua kena bertanggungjawab menyelesaikannyer..

Setakat ni Alhamdulillah tak der pun louie tak puas hati dgn housemate louie semua yg datang dan pergi bagi louie lumrah dan louie bersyukur sgt2 kerana berjaya mengenali mereka..maklumlah banyak pengalaman dan nasihat serta terguran yg louie terima..dulu louie bkn ketua rumah..tapi ada seorg ketua rumah louie yg byk sgt bagi semangat dan juga dorongan buat diri louie sehingga kini louie mampu berdiri sendiri..dan menjadi seperti dia..(Ketua Rumah Sewa )

Takat nie louie tidak pernah melarang sesiapa ahli dalam rumah louie nak buat apa yg mereka suka ..biasalah tegur menegur bagi memastikan semuanya baik2 belaka..louie tak der la tegas sangat..tapi apa yg berlaku kat rumah memang louie sentiasa akan fikirkan cuma kekadang tu binggung tuk menyelesaikannyer..

Apa2 pun sebagai ketua rumah buat kali ini..louie akan lakukan yg terbaik kerana dalam kita menjadi ketua louie juga seperti manusia lain yg ingin berkongsi suka duka..bila dah dok satu rumah memang ler ada masalah yg tidak dapat diceritakan..tapi sekiranya dpt dirunding..InsyaAllah kita mampu selesaikannyer..

Kepada yg pernah duduk ngan louie sama ada masih atau tidak lagi..louie ucapkan terima kasih bebanyak kerana sudi tinggal bersama..louie akan perbaiki dari semasa ke semasa..mintak maaf kalau ada terkurang terkasar dan sebagainya..kita hanya manusia biasa..tidak lari dari melakukan kesilapan..

No comments: