Tuesday 17 February 2009

Ruang Masih Kosong


Ruang Masih Kosong
kami bertemu ditempat biasa
hampir ke10 kami semua
turut terbabit cinta lama
ingin ku katakan disini
aku melayan mereka sama rata
tiada benci tiada kecewa
aku sayang kesemuanya
ada yang mempunyai nilai yang murni
ada juga bersikap durjana
membenarkan diri dipersenda
tidak kira tempat atau masa
perjalanan cinta telah diubah
cinta lama tidak diterima
aku tidak mahu menyesal lagi
cukup atas apa yang telah terjadi
aku sudah puas menongkah arus
merasa bahgia,kecewa dan berduka
aku terima kerana ini adalah kehidupan
dan segalanya harus aku tangani
demi meneruskan kehidupan di muka bumi
Ruang ini masih kosong dan dibiar kosong
kerana yang datang selalunya akan pergi
pergi menghilangkan diri
hari ini dia pergi
esok dia kembali
dan pergi dan kembali
sedangkan ruang ini masih tidak terisi
Kosong..dan sepi.

No comments: