Monday 19 January 2009

Kesusahan bawa Kesenangan



Keperitan hidup kadangkala boleh mematangkan fikiran..tak payah susah2 nak fikirkan sesuatu terlalu berat ..kerana segalanya telah dilalui di masa lampau..perjalanan hidup yang begitu sukar itu kadangkala membuatkan kita benar2 tertekan, lebih2 lagi dalam situasi yang kita sendiri tidak duga..


Dulu kita sering mengeluh kenapa tidak cukup itu..tidak cukup ini..kenapa kita sering sahaja hidup dalam kesusahan..kita tak dapat tangani kesusahan itu dan mengeluh panjang..tanpa kita sedari dengan kesusahan itu juga kita telah belajar banyak benda..macam mana menyelesaikan segala perkara dengan tangan sendiri tanpa perlukan bantuan sesiapa..kita tidak sedar segala pengalaman2 itu telah membawa kita ke tangga teratas kejayaan kita..takat mana keluhan kita nak dibandingkan dengan kemahiran kita berbanding yang lain..


Kekalahan dulu telah membuahkan hasil tuk kita lalui jalan pada masa akan datang..kejayaan itu amat bererti dalam hidup kita dan membuatkan kita selalu teringat-ingat pengalaman yang lalu ..sedarkah kita..yang kita masih berusaha mengatasi segala masalah yang datang tanpa perlu mengeluh..keluhan itu membuatkan kita rasa lega pada masa kini..


Kita boleh berdiri sama tinggi dengan org lain.. Dengan kesusahan terdahulu telah membuatkan kita lebih baik dari yang lain..kita lebih yakin dan boleh maju kehadapan tanpa disedari oleh sesiapa..


Kemahiran kita tidak boleh ditandingi oleh org lain kerana kita telah pelajari terlebih dahulu dari kesusahan kita pada masa lampau..oleh itu selagi ada kemahuan disitulah ada jalan..dan jalan itu sentiasa terbentang luas tuk kita lalui..yakin atau tidak yakin..kita telah laluinyer sendiri.

Semoga segala kesusahan yang kita lalui..membuatkan kita boleh bangun dan berdiri tuk menghadapi segala masalah pada masa2 akan datang….

No comments: