Monday 15 December 2008

Jakarta...

Aku selamat sampai di kota ini...semangat serta kesungguhan ku tuk mengenali kota besar ini membuatkan aku benar2 teruja..secara ringkasnya segalanya clasic dimataku...cuaca disini agak panas..mata ku hanya mampu mengecil tuk melihat alam sekeliling..pandangan agak kabur..kerana aku juga punya masalah penglihatan tat kala ini...perjalanan mengambil masa 2jam..dengan kesungguhan itu juga aku sendiri berharap..dengan pengalaman yang ada di kota jakarta ini dapatlah aku kongsi bersama teman2,rakan2 yang berada di malaysia nanti..
Aku memang kepingin disini..segala macam pertanyaan aku tanya kepada rakan2ku yang pernah ke mari..ternyata macam2 andaian serta gambaran yang tidak dapat aku bayangkan kecuali mengalaminya sendiri..apa yang aku harapkan..aku selamat tiba dan selamat pulang jika tiba masanya kelak..

Suasana kota ini agak ramai penduduknya..masakan tidak ..manusia yang paling ramai di dunia adalah di sini..kota ini agak besar..tapi tahap kemiskinan memang nampak sangat ketara..walaupun terdapat bangunan yang besar2 tersergam indah..perasaan risau dan juga bergelora tuk menyusuri perjalanan ini lagi membuatkan aku jadi serba salah tuk keluar jalan2..
Aku tiba di Hotel setelah penat berjalan di taman mini..tempatnya sangat indah...pameran kebudayaan yang sangat ketara telah diperlihatkan..dan jelas terpancar dimata aku sendiri ..dan ianya amat menarik sekali..

Aku teruskan perjalanan ini..bersama 2 lagi rakan ku..sempat bergambar dan melihat keadaan sekeliling ..sampai penat lalu terbaringlah masing2 kepenatan...
Kota ini besar..tidak cukup satu hari tuk memonopoli..lalu diputuskan tuk pergi di tempat2 yang rasanya sempat dan boleh pergi..aku pergi ke mall tuk menikmati suasana di sana ternyata agak sibuk kerana esoknya Hari Raya Kurban..ramai yang sibuk membeli belah dan menikmati keindahan malam..Hari Raya Disini agak sibuk sekali ..disambut dengan penuh meriah..Laungan Azan juga berkumandang dan juga masing2 sibuk melakukan kerja2 mereka..

Bary..
Malam ini kita pergi tuk mencari sesuatu ...tapi ternyata tutup..aku cuba hubungi kawan ku ..susah tuk dapat..last2 ku putuskan tuk berjumpa dengan bary..ahhh kamu berjumpa juga di senayan plaza..akhirnya jumpa juga secara live..kita lepak di starbucks lalu terus tuk ke karaoke..esok hari raya mana buka karaoke..aku putuskan tuk pulang ..kerana aku risau masing2 sudah penat ..berbual panjang..bisa tapi aku sendiri maukan ketenangan kala ini..pulang kemudian bisa jumpa jika ada kesempatan ..lagipun dia besok kerja..kesian juga padanya...aku tidak tahu hati siapa yang perlu aku jaga...aku bingung..entah...

Hari Ke-2..
Apa yang aku ingat semalam aku beli DVD tuk dibawa pulang ke msia..tapi sebelum pulang ke msia aku harap ianya selamat di kastam..aku tidak beli banyak cuma dua tiga aja..tapi agak risau kerana ianya cetak rompak..apa kisah segalanya murah disana...
Aku bersama 2 lagi teman ku ke Kedutaan Malaysia Di jakarta..tujuannya adalah melihat seorg teman kepada kawanku menyambut Hari Raya Kurban Disini..kamu sudah sampai..cara sembelihan juga sama seperti di msia..ramai juga org msia di sini..


Kita putuskan terus ke Mangga dua..kerana tujuan ke bandung tidak jadi sama sekali ..tuk shortkan masa ..banyak barang terjual disana..kata2 org teksi itu tadi membuatkan aku tersedar seketika "Hati2 ya.."..Risau juga bila berada di tempat org ini...banyak barang aku beli ..ada yang aku gunakan duit kawan2 kerana duit aku tidak cukup ..segalanya murah disini..tapi apa nak buat ..aku terpaksa tebalkan muka juga ..aku tahu aku tidak semampu tuk memiliki semuanya ..tapi aku tetap berdegil tuk memilikinya ..sungguh degil aku ini...aku beli cermin mata dengan duit itu..agar penglihatan ku tidak kabur..terima kasih segalanya..Syukur Alhamdulillah...terang sudah...

Jalan diluar sangat jam...aku rasa sangat tenat dan pening..aku tidak sedap badan..kawan ku telah tumbang dalam perjalanan ..maksud ku dia juga telah beredar dulu kerana masalah kesihatan ..manakala kami terpaksa balik berdua..jalan diluar sana agak sesak..nafas aku juga sesak ..apa yang berada difikiran ku aku mau pulang terus ke hotel..aku rimas dengan kesesakan yang berlaku...hari makin gelap..hati mula risau..takut2 juga perkara tidak diingini berlaku..risau teramat sangat..dan sentiasa berjaga2 dengan org2 sekeliling..takut terjumpa org jahat...

Malam ini tidak ada apa yang aku lakukan..aku mau rehat sahaja..tidak mau ke sana ..tidak mau ke mari ..keadaan diri juga kurang sihat..nak keluar di mana sahaja hanya mampu pack2 barang tuk pulang esoknya...siap sedia..bentar lagi mau tidur ..ngantuk...letih..panjang ku fikir...segala kemungkinan yang bakal tiba..

Hari Terakhir...
Aku tinggalkan juga kota jakarta ini..aku sedih..kerana kemiskinan dijalanan didepan mataku..aku rasa sedih kerana ada perkara yang membuatkan aku insaf..aku sedih ..kerana aku juga pernah miskin seperti mereka juga satu tika dulu ..aku juga sedih...kerana aku tidak punya wang yang banyak tuk dihulurkan..aku hanya mampu berdoa semoga mereka mendapat makanan dan terus hidup dimuka bumi..aku sedih sangat...dan aku bersyukur tinggal di bumi Msia ini ..makan,tempat tinggal semua cukup...mereka..hanya ada satu selipar tuk digunakan ..tapi kita cukup mewah disini..kesian hidup mereka..jika aku kembali lagi..aku mau berikan wang yang ada..walaupun tidak banyak..cukuplah membuatkan mereka tersenyum keriangan...semoga mereka semua segalanya sihat..Amin....

No comments: