Wednesday 3 December 2008

Go And See The World

Dah lama rasanya tidak berjumpa..banyak juga cerita dari dia,aku kagum dengan dia..waktu dia mula2 pergi sana ..dia sorang bila balik Msia Masih sendiri..penat aku korek2 rahsia..dia masih seperti dulu..masih berahsia..

Orangnya cukup merendah diri..tidak bongkak dan Sering bahasakan diri dengan gelaran nama...


Sedar tidak sedar panjang lebar kita bercerita..selang beberapa minit rasa nak nangispun ada..alangkah bahgianya hidup dia..sedangkan aku ..masih berhadapan dengan masalah2 yang masih menemui jalan buntu..hampa...

Sedar tidak sedar aku terpaksa kembali ke Office..petang nanti kita janji nak jumpa balik..banyak pengalaman dia aku kutip, aku jadikan sebagai satu tips bila aku melancong nanti..


Aku jumpa dia ..dalam 6.30ptg..di tempat yang sama..di Pavillion..habis kerja tepat jam 6.00pm aku sempat ke the times tuk membaca majalah kesukaan ku (Glam)..aku tak mau ketinggalan di ruangan seterusnya.Aku baca satu persatu ayat yang ada..ada satu perkataan yang membuatkan aku benar tertarik.."Jauh perjalanan luas permandangan,Percayalah lebih banyak tempat kita lewati,lebih terbuka minda jadinya " "Go and see The World".

Sabda Rasulullah s.a.w,Carilah Ilmu walau Ke Negeri China sekali pun..".


Aku bersembang lagi ..hampir 3 gelas air kami order..dia banyak tergelak dari bercerita ..senang aku tengok dia begini..hilang masalah kat office tadi..sekurang2nya tak derlah rasa berat sangat kepala tukkita fikirkan..


Mungkin hari ini sahaja aku sempat berjumpa dengan dia..minggu dpn aku dah pergi bercuti. bila aku balik sini dia pula dah pergi ke negara lain..nasib baiklah sempat jumpa..inilah nilai berkawan bila jauh mana pun jarak kita..kita tetap berjumpa dan keep in touch..aku ingin jadi seperti nya mempunyai keyakinan dan kejayaan yang boleh dikongsi bersama..


Semoga angan-angan jadi nyata..InsyaAllah..Amin.

No comments: