Tuesday, 8 December 2009

TAK SIHAT

Sedapnyer makan nasi minyak ari tu..sedar tak sedar selang beberapa hari terus badan tak sihat..ni semua bukan kerana makan nasi minyak tersebut mungkin kerana keadaan cuaca yang tidak menentu..

Beratnyer badan nak keluar lepak ..memang tak der masa..lepak kat dalam bilik jerk sepanjang masa..Rasanyer baru tadi dapat call dari kawan2 ajak lepak ..urmmm malaslah nak lepak..banyak sms tak terjawap..dah cam tu dah idup aku...* Bukanker..sms itu penting..

Sejak kebelakangan ini memang tak der masa nak fikirkan aper aper..nak buat itu malas nak buat ini malas..sampai diri agak terabai..aku tak tau aper yang aku fikirkan sebenarnya..pada sapa yang tak faham biarlah aku pendam jerk...

Aku dapat tahu ..ex aku dah ada lover baru..ohhh baguslah dia dah ada..tapi naper sejak kebelakangan ini aku asyik mimpi dia..* Naper tak boleh nak lupakan dia..sedangkan dia dah banyak kali dah sakitkan ati aku..aaarhhhh bosan cakap pasal dia..baik lupakan aje.

Sedar tak sedar aku dah jatuh demam..arhhh badan panas..tapi tetap gigih nak nak gi Cyber cafe..actually memang aku nak sangat update blog tapi ..tak der mood sangat2 aku lebihkan masa main game..phone berdering2..tak layan bila dah ada game mata memang tertumpu pada game jerk..

Aduh..kenapa aku jadi cam nie....Nak msg dia pun aku mls..aku tau dia seakan marah..kalau aku jadi dia pun aku pasti marah..tapi aku nak dia biasakan ..sebab aku bukan jenis sama seperti org lain..biar dia biasakan sampai nanti dia akan biasa dengan keadaan tersebut..

Selang beberapa hari pas tu ..dia cari pasal ngan aku ..penat aku jelaskan kat dia..dia tak faham..apa yang aku cakap dia kata semua alasan..penat aku nak coolkan dia..akhirnya aku bagi dia masa tuk fikir dan katakan apa sahaja pada aku hingga akhirnya aku rasa aku dah tak sanggup dengan kata-kata dia..biarkan aje..

Esoknyer aku fikirkan balik..inilah jalan terbaik tuk dia..aku bagi dia peluang tuk memilih yang terbaik..tak der aku ..aku rasa dia akan lebih ok..sebab aku akan sentiasa macam ni..aku cuba fahami dia..tapi..hati sudah pun tawar..hmmm..sememangnyer bukan salah dia..biarlah kita berpisah sahaja..aku tak mau sapa2 sakitkan ati aku ..lebih senang beginie..Cukuplah ngan kata2 dia yang bukan2 kat aku..penat nak dengar...

Kat office ramai tanya naper aku diam..actually aku baru sihat dari sakit ..sakit ati,sakit kepala dan macam2 lagi..aku nak settlekan segalanya dengan tenang..kerja kerja kerja..busykan diri jerk..

Last sekali biarlah aku tenangkan diri dulu ..memang percintaan ini tidak lama..aku pun tak mau dia ungkitkan apa2 lagi..kerana segalanya telah berakhir..

Kalau dia terbaca..aku harap dia dapat maafkan aku..dan dapat bina hidup yang baru..Selamat Tinggal..