Tuesday 22 December 2009

BIOLA ITU CINTA


Aku tahu kau ada
kau sering melihat ku
menilai diri ku
memerhati kan aku ..

Aku tahu kau ego
dalam setiap kata-kata
mahupun perbuatan
yang amat-amat menguriskan

Aku sedar segalanya mungkin
kerana kekuatan ku menyayangi diri mu
adalah sekuat alunan biola
yang tidak akan mungkin terhenti
hingga ke penghujungnya..

Aku hanya mahu kau tahu
setahun yang lalu ku katakan cinta
dan hingga ke hari ini..cinta itu..
tidak pernah padam..

Aku percaya kau juga
pernah menyayangi ku
walaupun kini kau tiada di sisi
aku tetap katakan itu adalah cinta..
Aku hanya mahu kau sahaja...

No comments: