Sunday, 19 July 2009

Setelah 5 Bulan Pemergian Kawanku Iswandi (Wan)



Buat Wan..

Takdir dah tentukan kau pergi dulu wan..waktu aku nak type kata2 ini buat kau pun, aku tak tau nak kata aper..mungkin ada banyak cerita aku nak sampaikan tapi segalanya tak tersampai..kau dah tinggalkan aku dulu kat sini..sekarang ini bila kau tak der aku betul2 sedih..sampai dah tak terkeluar air mata dah pun..mana aku nak cari org yang boleh bertekak ngan aku lagi..(macam anjing ngan kucing ) seperti kata diaorg..mana ada org nak jerit2 nama aku dari bawah sehinggakan aku boleh keluar jengguk..mana aku nak dengar kau merenggek lagi ..mana aku nak dengar surat khabar bergerak yang membolehkan aku tidak payah baca paper ( sebab ko dah cerita semua dalam paper tu dengan jelas sekali) ..mana aku nak dengar suara ko yang sedap tu..( memang sedap pun ) aku akui..

Tapi aku bersyukur kepada Tuhan, Aku sempat juga mengenali kau..Dah hampir 5 Tahun kita berkawan..macam2 perkara berlaku dan hanya kita2 jerk yang tahu kan..kalau sempat aku nak saje bagi tau kau...aku sempat jumpa budak itu..dia dah ceritakan segalanya kat aku..(aku sedih) lepas sahaja kau tinggalkan aku wan..aku makin baik dengan rizz kita bertegur sapa kalau jumpa..tak kurang juga kawan kau kat melaka joe ..selalu tanya khabar aku kat sini ..(sedih) tiap kali dia msg ..aku pasti teringat kau..(aku terus sedih)..kemudian ada jugak aku Ym asdi..org yang kau sering2 sebut disaat akhir itu...(dia sempat lawat kau waktu kau sakit) ..dia pasti sedih tapi dia tak mau tunjukkan nyer..Dia pun daah sambung belajar kat Australia..kita doakan dia berjaya yerk wan..

Aku dah tinggalkan Warga Tulip Wan....aku dah tak macam dulu lagi..aku tak mau lah fikir2 sangat..cukup atas apa yang berlaku..kalau aku dipersalahkan aku terima sahaja. ( kalau kau ada kau pasti tahu kan )..aku sekarang bawak diri sendiri...mungkin dengan cara ini aku boleh lupakan segalanya yang berlaku...kekadang ada jugak terjumpa mimie..dia pun ada kehidupan dia..takkan nak ganggu..aku pun ada dunia aku sendiri sekarang ini..cuma aku nak bagi tau kat kau..aku rindu berkawan ngan kau Wan..aku rasa sedih bila tengok gambar kau balik..Alhamdulillah cita2 kau pun dah tercapai..cuma tulah kan..sempat aku kata kat kau sabar yerk..

Gambar kenangan fendi,faizal,aku dan kau

Saat2 akhir kita pun ..aku bergaduh dengan kau..kita sepatutnya gaduh seperti selalu yang akhirnya kita berbaik semula.( gaduh main2 ).tapi malangnya kau telah jatuh sakit..dan sempat aku urut kau waktu mereka semua beli makanan ..dan waktu kau meronta2 ..aku tak tau nak cakap aper sebab kau sedikitpun tak boleh bercakap..( Aku cuba dengar apa yang kau katakan ...tapi aku tak dapat nak dengar..) malah aku mau kau sabar disana..

Aku ingat lagi kau datang office aku ..sanggup tunggu aku kat bawah, kita gi Pavillion sana..lepak kat sana..kemudian kau nak sangat bergambar dan jumpa aku macam2 kau cerita kat aku..kau kata kau sakit..tapi aku tak percaya..kenapa aku tak pernah percaya kata2 kau..sedihnyer..

Ni dah nak dekat Puasa..aku lagi sedih..aku masih ingat kuih kegemaran kau..tempat kau suka pergi..kita gi bazar sama2..mana aku nak cari teman macam tu lagi..sedihnyer sebab tiap kali Menjelang hari raya..kau adalah org yang paling semangat sekali menyambutnya..teringat waktu kita serumah..kau lah org yang paling bersemangat buat majlis hari raya..kini kau dah tak der..

Aku pasti ingat balik kenangan kita ..tiap kali aku ingat ..aku sendiri tak tau nak luahkan kat mana..selain kat sini..semua org masih ingat kat kau..termasuk aku..semoga kau tenang disana..Al-fatihah..

1 comment:

kelate said...

nice mmemories rendetion of your beloved fren. AL fatihah utk arwah.