Dunia ini Mungkin Berputar..Tetapi utk kita sampai ke masa lalu, mana mungkin ianya akan berlaku..begitu juga dengan kisah2 terindah dalam hidup kita..kita akan ingat walaupun benda tu berlaku bertahun2 dahulu..mana boleh lupa..ianyer juga adalah sebahagian dalam hidup kita..
Suka dan duka telah ditempuhi..perjalanan yang panjang..kadang2 kita sendiri tidak sedari..semuanyer telah berakhir dan telah pun ditentukan oleh Ilahi..
Aku pernah menjadi pencinta yang sangat setia..sayang menyayangi,kasih mengasihi..dan aku tidak pernah curang dalam perhubungan dan perjalanan hubungan yang telah dijalankan..
Ini lah kisah yang aku ingin sampaikan buat perkongsian kita semua..kenangan cinta terindah ini tidak pernah aku reka..malah ianya Benar2 berlaku terhadap aku..
Dipendekkan cerita..Bermulanya di sebuah Kolej ..tempat aku belajar..disitulah aku telah mengenali seorg gadis bernama (Z)..ya gadis yang sangat comel cantik dan menjadi rebutan pada setiap insan yang memandang…bagi aku pada waktu itu..masa utk berhibur tidak terdetik dalam hati aku tuk mana2 gadis waktu itu..hanyalah usikkan kawan2 yang memang nak menjodohkan aku dengan sesiapa sahaja yang aku kenali ..lelebih lagi junior yang baru masuk ke kolej tersebut..
Perkenalan kami memang singkat..waktu di kedai makan..dia Nampak pemalu sangat..berjalan dengan baju kurung biru pekat dan memang ayu sangat..kulitnyer gebu dan senyumannyer memang menarik macam senyuman aku juga ( Perasan la Plak ) tapi itulah tarikkan yang aku rasa setiap jejaka kat kolej ni gemuruh jiwa raga..tapi time tu aku buat selamba sahaja ..dalam hati aku ..mana mungkin aku bisa menambat hati gadis secantik dia..aku awal2 lagi dah mengalah..tak berani nak cuba :P
Hari makin hari..kecoh satu asrama lelaki..bukan semua la ..budak bilik aku la..aysik sibuk2 jerk cakap pasal dia..menyebut kecantikan dan rupa paras yang gadis itu miliki..aku hanya terdiam ..dia berhak memiliki kecantikan yang telah dianugerahkan Tuhan..
Pagi tu ..aku pergi ke kelas seperti biasa..awal pagi ..bila masuk ke kelas ,bebudak kelas dah sibuk2 sok sek sok sek….aku pun tak tau aper yang mereka perkatakan hinggalah perkataan tu telah sampai ke teliga aku…
Rupanyer satu asrama perempuan dah kecoh pasal aku ..dengan sorang budak pompuan yang aku sendiri kurang pasti sapakah gerangan gadis itu..aku berjumpa dengan gadis tersebut ingin tahu apa yang berlaku..(Dialah gadis yang aku idamkan itu)...hinggalah pada satu hari..aku telah berjumpa dengannyer sendiri..dia membawa rakan2 nyer seramai lima org bODYgurd mak oii....bayangkanlah pada waktu tu..aku sorang jerk lelaki..gabra la aper lagi..
Kami telah bertukar nombor telephone..ya kami telah berhubung bertapa gentlenyer aku waktu tu ..tapi tak siapa tahu kerana itu satu rahsia..tapi..aku sendiri tidak dapat membendung rahsia ini..kerana ramai jejaka2 kat kolej ini..mula menyusun langkah mereka tuk memikat gadis ini..
Selang berberapa bulan aku menyatakan hasrat aku tuk menjadi bf dia..dia happy sangat kerana akhirnyer kami berkasih kasihan…cinta kami bermula dan terus bermula ..khabar berita telah tersebar seluas kolej..aku buat relax ajerk..aku tahu aku mampu dan yakin menjadi pencinta yang setia..terpaksalah menghancurkan hati peminat2 aku waktu tu..(kalau ada lah) tapi itu kenyataannyer..naper tak bagi tau kat aku yang korang suka kat aku..kan dah melepas..wahahhaha
Cinta kami berjalan dengan lancar pada mulanyer..tapi makin hari kami telah direnggangkan dengan pelbagai aktiviti..apatalah lagi aku adalah salah seorg anggota kuat kolej..mestilah aku harus patuhi undang2 dan batas2 yang telah ditetapkan..
Aku tahu hubungan kami makin renggang….
Dia tahu aku buzy dengan Tugas aku..tapi dia tidak dapat memahami aku dan mula rasa tawar hati dengan apa yang aku jalani...aku bukan curang..tapi tugas dan keadaan memaksa aku menjalankan tugas dengan baik..antara tugas dan cinta pada waktu itu..aku lebih pentingkan tugas..tapi itu tidak bermakna aku melupakan dia atau tidak setia akan dirinyer..kami sering berutus surat..tapi kami jarang berjumpa..
Hubungan kami ..telah pun rengang ..kesibukan aku telah memberi kesempatan buat dirinya..
Adakalanyer aku terdengar khabar2 yang tidak baik tentang gadis ini..tapi setiap pertanyaan itu aku sendiri Tanya kepada dirinyer ..dia hanya tunduk membisu..aku tahu dia mempunyai abg angkat dan kerana dia ada abang angkatlah ..
masa telah merubah segalanyer…
Aku sentiasa pekakkan teliga butakan mata dengan aper yang mereka kata…macam2 andaian..tapi kerana cinta aku terhadapnyer aku kuatkan semangat aku ..tuk memulihkan keadaan itu balik..
Pada hari tersebut aku telah nyatakan padanyer aku ingin pulang ke kampung..dan dia merelakan aku pergi..tanpa menghantar aku ke stesen bus tuk kali ini..tiba sahaja di stesen bus tiket telah habis dijual..huhh..mengeluh panjang aku dibuatnyer..tapi itulah nasib sapa suruh tiket lambat2 inilah balasannyer..aku terpaksa balik..
Hati aku rapuh…
kali ini..andaian kawan2 memang tidak dapat disangkalkan lagi
Aku Nampak didepan mata aku sendiri ..dia bermesra dengan abg angkatnyer..Ya Tuhan..kau berikan lah aku kekuatan pada waktu itu…
Aku berjumpa dengan dia sekali lagi ..aku bertanya akan aper yang telah aku lihat..dia hanya diam membisu dan tidak terkeluar sebutir kata pada bibirnyer..dia balik asrama dengan tenang tapi aku tahu dia akan menangis ..tapi bukan di depan aku ..mungkin di asrama..kesimpulan aku buat memang sangat tepat
Dia menangis…
Tangisan itu telah membuktikan dia sayang kat aku ..atau tangisan itu telah membuktikan dia curang terhadap aku..
Makin hari aku makin KURANG..berhubung dengan nyer ..aku rasa ini lah telah terjadi ..luka yang baru sekali terpalit pada dada ..susah tuk aku ubati..aku makin tak karuan dan makin menyendiri..membuzykan diri dengan tugas2 yang lecture bagi..itulah kemestian yang harus aku penuhi..
Khabar yang tidak baik lagi aku dengari..mungkin khabar ini benar..tapi aku pasrah..
Aku telah menulis sepucuk surat kepadanyer..berat rasanyer tangan aku tuk melepaskan dia pergi..tapi aku terpaksa..dalam hati masih sayang ..
Kita putus..
Hari demi hari aku nantikan surat dari nyer…tidak muncul tiba..keesokkan hari nyer..dia membalas surat aku ..dan menyatakan bahawa memang dia telah bersalah dalam perhubungan ini..dan kecurangan itu memang tidak disengajakan..(ada ker kecurangan tak di sengajakan )..mmm rupanyer dia juga memendam perasaan terhadap abg angkatnyer..so sadlah bagi aku yang dah kena tipu ini…
Selang beberapa minggu..tangannyer yang putih gebu itu telah dipimpin oleh lelaki lain ..ya lelaki yang Berjaya memikat hatinyer..aku pasrahkan sahaja..
Seminggu aku tak ke kuliah..kerana ingin melupakan perkara tersebut..
hati luka berpanjangan...tapi kekuatan yang ada aku gagahi juga ..ini bukan penghujungnyer..
Setelah itu aku telah melupakan apa yang terjadi .. walaupun kau datang kembali aku tak sanggup...bersama kau lagi..Jangan menangis lagi ..aku takut tuk melihatnya..
Melepaskan dia pergi..dan membuat keputusan yang aku tak sanggup tuk bersedih lagi
Aku relakan diri tuk pergi dari insan2 yang bernama gadis.. sejauhnya mungkin..
Akhirnya aku Berjaya dalam menangani segala isu yang timbul..melupakan segala yang berlaku satu kemestian..ada rakan2 yang sudi membantu..mereka mengisi ruang aku..
Ruang hidup aku kembali ceria.. rakan2 aku telah mengubat hati aku..
Pada mulanya aku tidak tahu..
Sesuatu..
Tapi ..hati aku bahagia..
Dapat melupakan dia..
Derita.. Berakhir bilamana sesuatu tiba..
Sesuatu..
Selamanya…Derita..
No comments:
Post a Comment