
lately aku selalu datang lambat..aku sendiri tak tahu kenapa ..dalam otak dah set pagi2 nak sembahyang subuh..nak bangun awal ..kadang2 aku sembahyang pun tak tenteram aper yang aku fikirkan sebenarnya..apa yang aku cari sebenarnya...
Semangat aku kejap ada kejap tak der..aku tahu aku lemah sekarang nie..kata kengkawan kalau nak berjaya kena lah tumpukan perhatian..tapi kalau semangat tu tak der macam mana nak tumpukan perhatian..

kenapa aku asyik fikirkan masalah ini..aku sendiri sedia maklum ..dah memang tak der jalan tuk aku bersama ngan dia..masalah cinta la nie..aku bercinta ker..aku pun tak tahu..aku dah kata dah aku tak nak lagi kau muncul dalam hidup aku ...kenapa kau masih msg aku lagi...aku sendiri tak dapat hadapi kenyataan ini sebab aku tak leh lupakan detik2 aku ngan kau..makan sama,karaoke bila aku sandarkan diri aku kat badan kau..kau fahami maksud aku..aku pernah nangis waktu itu sebab aku tahu aper yang akan terjadi lepas sahaja kita karaoke..dan aku sebenarnya belum sedia tuk terima semua ini...
Kata hati aku perjalanan harus diteruskan..bukan sekali dua hati aku dipatahkan..dah biasa sangat dah..tapi tiap kali patah, tiap kali itu lah dugaan cobaan datang bertandang..naik rimas..hari ni kau msg aku lagi..kau tanya aku kat mana ..ARE YOU OK...memang aku tak ok ..tapi dengan gatal tangan aku kata aku ok...aku dah lakukan my part..kau juga dah lakukan your part...tapi belum sempat aku katakan masalah aku dah kembali datang balik...


Kenapa kau tak der disamping aku saat aku betul2 memerlukan khimat kau...kenapa lah insan itu buat aku begini..aku jadi takut, aku jadi rimas...masalah yang sebelum ini aku jangkakan telah selesai datang balik..patutlah dia baik dgn aku rupanyer memang ada udang disebalik batu..kejam sungguh dirinya...sedangkan selama ini aku ikhlas menganggap dirinya sebagai kawan..kalau kau berikan aku wang berjuta,emas setinggi gunung sekalipun ..sumpah aku tak akan menerimanya kerana kita hanya kawan biasa dan tidak akan lebih sampai bila2 ..kenapalah masalah aku sentiasa sama sahaja..aku sendiri menemui jalan buntu...
Jalan penyelesaian belum selesai ..kau pula menghilangkan diri..menjauh..tahukah kau aku rindu akan kau..kau hanya msg aku sekali sekala sahaja tupun kalau aku satu hari suntuk tak msg kau..aku dah cuba ..aku memang dah cuba tak nak msg kau lagi..tapi tiap kali misi aku ini berjaya kau tetap juga menghubungi aku ..aku jadi sedih kembali...berkali2 aku ditanya oleh kawan2 macam mana hubungan kita ini..aku hanya jawab "No Komen" Coz aku tahu ..kita masih berhubung...biarlah mereka tidak mengetahuinya...
Hati aku Telah mati..fikiran memang terganggu buat kerja pun dah tak betul2 ..kekadang aku rasakan aku lebih rela pejamkan mata dari mengingati2 detik2 itu..pada sapa tempat aku nak mengadu..tiap kali aku curahkan masalah hati aku..ianya akan jadi muka depan setiap perbualan..mesti episod aku dulu diselitkan..dah la mereka kata aku ni bercinta tak lama..mereka tak faham...mereka tak akan rasa....hati aku bukan tuk dikongsi oleh sesiapa dan aku tak akan merelakannya..hati aku telah mati tuk org yang meminati... 

Aku tahu aku bersalah dalam segala hal..patutnya dari awal lagi perasaan ini tak sepatutnya wujud..waktu itu aku tengah kosong...aku sendiri tak pernah nak bukak hati aku tuk sesiapa ..belum bersedia ..tapi sepi itu kadangkala indah boleh buat aper yang kita suka...tapi aku sendiri takut kerana ada insan lain yang cuba dalam diam mencuri hati aku..kenapa perlu begitu aku hanya perlukan kau seorg ..tidak akan ada dua tiga..kenapalah fikiran aku hanya fikir melepaskan saja kau ketangan org lain tanpa fikir yang aku harus berusaha...aku dah penat mengejar bintang di langit..kalau boleh tak mahu lah dua ataupun tiga..tak larat dah..
Aku buat kerja gila hari ini...mungkin dah lama tak dapat..hati aku tak merelakan tapi itulah yang terjadi ..kerana bila aku perlukan kau, kau tak hadir..aku lakukan perkara itu tanpa rela ..malam itu..ianya telah berlaku...tapi hati aku sedikitpun tidak merelakan..biar kau tahu ..biar semua org tahu ..aku terseksa dalam perjalanan ini..lepas ini ..biarlah aku tanggung semua ini..aku dah tak ada tempat utk mengadu..pada sapa tempat tuk a
ku curahkan segalanya kerana semua perkara akan menjadi bahan ketawa....biar lah begini..i know im no good..satu hari nanti ...mungkin semangat aku akan pulih..aku mengharapkan ketenangan jiwa..jiwa aku tersiksa, hati yang mati..jiwa aku tertekan...pasrah..hidup harus diteruskan.
No comments:
Post a Comment