Sunday, 25 November 2007

Aku Menanti Mu...


Hari ni aku tenung kau lagi..kau masih tidur di katil kau..Dah banyak bulan kau tak sentuh Tubuh aku ini, kau hanya bawak kawan-kawan kau keluar masuk bilik ini, aku perhatikan sahaja...Adakala aku lihat kau menangis,ketawa,murung dan macam2 lagi keadaan kau ..kau tak nak pun toleh aku, kau tak pernah hiraukan aku...Aku lihat pintu dibuka luas Rakan2 lain hanya sibuk dalam bilik masing2...kau bergayut dalam telefon berjam2 lamanyer ...lima waktu itu kau tak pernaH hiraukan..sedangkan aku menanti kau ..memandang kau dengan penuh kerisauan..kenapa kau jadi begini..sedangkan kau dulu tak seperti ini..kau selalu mengunakan aku, Menyayangi aku sepenuh hati kau..tidakkah kau sedar Akhirat lebih penting dan kau tahu Bukan?. Aku mahu kau mengunakan peluang semasa kau muda ini utk mengunakan aku...Aku dah serahkan Segala-galanyar kepada kau..kini terpulang pada kau utk menilainya..jangan biar kan aku bersendirian ..jangan sampai nanti kawan2 kau tanya dimanakah aku berada dan kau sendiri segan utk mengambilnya..kau biarkan aku di tepi,berabuk dan tidak bermaya..macam2 yang akan berlaku pada diri kau jika kau tidak mahu menginsafinyer..aku menanti kau, walaupun kau tidak menyedari hati ku selalu berbisik ingatlah "SEMBAHYANG LAH KAU SEBELUM KAU DI SEMBAHYANGKAN"...disini aku menanti kau.. walaupun aku hanyalah... sehelai Sejadah....

No comments: