Friday, 12 December 2014

Kerana kau

Kerana kau
aku hilang idea
hilang segala semangat
hilang password..


tapi kini.


aku kembali..


kau cari aku..




tak payah !

Thursday, 8 May 2014

Kau yang Aku ada..

kau yang aku ada..
aku tidak pernah sedari
pergi ..dan kini kembali..
terdetik untuk bersama
tapi kebahagian bukan milik kita

kau ada tapi jauh
aku ada dekat sahaja
tapi ..
kita terpisah..
kerna ikatan itu
tidak ditanganku..

kau datang menagih..
sedangkan aku sendiri seorang
melihat kecurangan..

tatkala hati berbisik
kau yang aku ada
sebahagian hidupku..
tidak pernah merasa
ingin pergi..

tapi..
walaupun kau ada
kau bukanlah milikku
lalu aku kotakan niat

untuk pergi jauh
biar sendiri.
tidak tersiksa..

lalu melupakan

segalanya...

Thursday, 3 April 2014

Budak Belanda

Aku nampak kau pagi ini..
i love bali..
itulah dari sepatu yang aku nampak
tertera..

lalu aku diam..
pastinya itu hanya selingan
tidak akan ada 2 atau 3

akhirnya..
pantai menemukan kita..
aku mengambil langkah menegur..
kau adalah Budak Belanda..

Aku Suka kau..
adat kita berbeza
tapi kemesraan kita serupa..
ada kata mungkin tidak terluah..
tapi kita gembira..

Disebalik kejauhan..
aku masih teringat akan dikau..
bila kau katakan sesuatu yang bisa buat aku
tersenyum..

itulah..
kenanangan paling terindah..


Hanya Di Bali..

Monday, 10 February 2014

Kini Kau Rasa..

Aku telah sengsara
sedekat lamanya
dan kini tiba masanya
kau jugakan rasa

Tiba gelap malam
kau mulakan langkah
aku tersenyum..
namun aku tak dapat bayangkan
kepuasan aku untuk membalas
setiap msg yang telah engkau berikan..

kau mengingatkan aku
zaman kita kenal..
dan kejujuran aku juga
telah memusnahkan impian..
kau tidak pilih antara satu
sebaliknya kau tamak

bila kau dapat dia..
kau kembali kepada aku
mungkin kau bilang kau juara..
kau memang hebat..

dan kini kau datang..
merayu, merintih dan inginkan
kesemuanya..
kau sangka kau hebat..

aku tersenyum..
dan kini aku mulakan langkah
agar kau terus menagih..
itulah yang aku lakukan dulu
menagih cinta palsu..

Dunia ini berputar
dan ingin aku katakan..

lets the game begin..

Saturday, 8 February 2014

Sang Sayu Lepaskan Diri..

Air mata dia mengalir lagi..
sangat sayu penceritaannya..
bila cinta tak berbalas..
sayang menjadi dendam..

Sememangnya dia kalah dalam pertaruhan..
lima lawan satu..
berlainan jantina..
tapi dia sebagai satu ini..
mampu berdiri..
tanpa rasa hampa..

Ternyata dia hebat..
kerana kegagalan berbuat begitu
menjadikan org lain bisa memperguna..
lalu dikuatkan semangat tuk bangkit..

tatkala airmata itu dikenang..
segala risau dan dendam telahpun hilang..
itu semua duniawi katanya..
ketawa jadi gaduh..
benci hilang sayang..
berpaling kerana tidak mahu mendengarnya lagi..


kalian biasa kagum tertawa..


sebenarnya..

kalianlah bermasalah..

bukan satu ini.

Thursday, 6 February 2014

Ketepikan Rasa..

Masa pantas berlalu...
kenapa aku masih melihat wajahmu..
bukankah itu mendatangkan luka..
terkadang aku tertanya
tanpa luah..bagaimana kau dapat merasa..

Ku ketepikan Rasa..
biar ianya pergi..
jauh dan tidak kembali..
lalu aku berjalan sambil pasang lagu kuat
sedih bukan..

jika ada lagi ketika kita ditakdirkan terjumpa
tidaklah aku malu untuk tersenyum..
luka itu telah lama pergi..
jantung bedegup tapi hati telah pun merelakan..

hari berlalu pergi..
kau menupdate lagi pic2 mu..
berjuta like..
pasti bangga..

aku ..
ketepikan rasa itu..
selewatnya kita hanya kawan..
tidak lebih tidak kurang..

Rasa..

aku tak mahu rasa lagi..

ianya sakit..

Tuesday, 4 February 2014

Insan Gagal Itu

Jangan gagal tuk menyayangi..
jika tidak dapat layanan
sepertimana yang diinginkan..

kau ada dia..
berjalan berdua..
depan mata..

aku lihat kau..
kau langsung..
tapi bukankah..
kita selalu impikan pertemuan..

kau kata kau sibuk..
ke mana sahaja ku ajak..
kau kata jauh..

tapi ..
kau ada didepan mata..
betul2 dekat..
depan mata..

hati ini sebak
tapi aku ini insan yang sangat kuat..
drama hebat ini aku pasti lawan..
mempertahankan diri ibarat tidak diluka..

tatkala aku singgah di satu tempat
kau datang bersama dia..
aku tahu kau perhatikan aku..
kerana kita amat mengenali..

dengan selamba aku berlalu pergi..
ibarat tidak memandang..

ternyata..
akulah insan gagal itu.. :(

Wednesday, 15 January 2014

Janji Dia..

Dulu dia setia bersama aku..
tapi bila taburan wang telah terlihat
terasa diri ini kosong tiada apa..
dia biasa mencuri sahabat sejati
dan dia bakal digelar musuh..

tapi..

jika wang bisa membina ikatan..
apa lagi musuh dilabelkan..
aku tidak mampu tatkala itu..
malah menagih sekeping hati
melalui getaran rahsia jiwa..


lalu..

ku bina ikatan dengan kejujuran..
aku tidak bisa hipokrit..
merasa lucu dan boleh mengembira kan orang lain
itu adalah rahsia kejayaan..

orang bisa senang
dengan permainan
tanpa tikaman ini..

aku selitkan sebuah memori indah ini..
itu yang aku dan dia janjikan..
walaupun impian tak tercapai awan

tapi..

aku bahgia tatkala bercerita tentang ini..

bila dewasa ini..
aku lihat dia tidak lagi seperti yang aku banggakan..
walaupun dia di gred A aku hampir di gred Z..
aku dapat memiliki kebahgiaan yang dia sendiri tidak dapat impikan..

itu wang yang kau kejar..
tapi jalan keikhlasan ku ..

telah membuka mata ku ..

aku bahgia.

Monday, 6 January 2014

Coba Kau Gengam..

Disebalik keseorangan itu..
tersimpan satu rasa..
adakah bahgia..
adakah derita..

Jalan yang ada terbentang..
ayat2 cinta juga banyak kelihatan..
malah ada yang dekat..
lalu dijauhkan..

tidak akan sama dengan yang lalu
bagaimana mencari penganti..
seakan berbeda pendapat.
atau nanti menangis kerna tersalah pilih..
atau nanti keputusan yang meluka..

bertabur cinta yang tidak biasa diterima..
cuba kau gengam hati ini..
ianya masih kosong tak terisi..
terpalit oleh kisah2 lama yang telah dicuri..

bakalkah bahgia..
atau nanti
hanya memori luka
yang ingin dikongsi bersama..

coba kau gengam
perasaan ini..
seakan berlari..
lalu terbang jauh..

tiada nokhtah.