Wednesday, 17 March 2021
Suprise Birthday Boy..-E-WAN
Wednesday, 12 August 2020
Warga Tulip
Hari ini kita berjumpa lagi ...Warga Tulip..
banyak benar kisah kita..antara kisah permulaan..dan berakhir dengan kesedihan
keterasingan yang aku pilih sendiri..jalan sendiri..dan tak akan mungkin kita macam dulu..
ada yang tanya kenapa..hmmm biarlah meraka sahaja tahu..banyak kisah2 warga tulip aku sendiri dah
delete..biar lah ianya menjadi memori dalam hati ini..
Hari ini..aku jumpa salah seorang warga tulip..sempat bertegur sapa..kita bukan lagi macam dulu ..tapi
ternyata pertemuan tadi di Rasta buat aku teringat Arwah Wan,Arwah Latif,Arwah Arm..Keseluruhan
kawan2 kita..Sebab itu aku dah tak mahu pulang ke Ampang..Sayu..
Aku percaya yang aku tidak boleh lari dari kenangan ..tapi aku juga tidak mahu terus terkenang..sebab
antaranya ada yang masih bernyawa dan bisa menyakitkan..
ada yang datang tanya khabar..tetapi terlalu banyak berita palsu ..Aku sombong,aku lupa diri..aku cuba
lari..ah biar lah..cukup sudah menjadi baik..dengan baik juga aku selalu dihina..Sebab itu biarlah
kenangan ini berlalu..tak mungkin kita jumpa lagi dan lagi..
Warga Tulip punya kelas tersendiri..tapi aku tidak rasa aku akan berada di situasi itu..pengakhiran
tangisan dalam hati yang tak akan pernah padam..biar mereka berkata..sedikit aku tak dendam.
kita jumpa..tapi kita tidak akan seperti dulu...
Sudah Lama..
Sudah lama aku tidak jenguk kau..Apa Khabar ..Gembira..atau ..Kau telah tinggalkan banyak kisah Duka..kata org ..yang berlalu biarlah berlalu..Zaman Remaja Terlalu banyak Ranjau dan Duri..Hmmm..Tetiba ..mata aku ber air..tak tau kenapa..Takut aku nak Selak Laman ni satu2..Hati penuh luka..Sebab tu aku jarang untuk berkunjung ke Sini..
Apa Khabar Kawan ku..Sungguhpun kalian tidak menjawapnya aku tahu ..kalian bahagia di sana..Mmg benar ..yang tinggal hanyalah kenangan ..Segala kebaikan aku simpan elok2 dalam hati..dan luka yang ada aku buang sebagai penguat semangat aku pada masa akan datang..
Akhirnya aku sendiri..Tak sangka tapi itu pasti..terkadang aku tidak mahu kawan..kerana kawan juga aku sakit..kerana kawan juga pernah meninggalkan aku tanpa Bukti..mungkin juga kerana sikap aku..atau mungkin mereka sengaja mahu menyakiti aku..hmmm penat sebenarnya..tapi aku rasa lega walaupun sendiri..
Sudah lama aku tidak menaip..terkadang aku fikir ..aliran teknologi dan terlalu banyak aplikasi membuatkan aku lupa akan masa lalu..masa lampau yang penuh dengan Cabaran..Kawan ..silih berganti..tidak ada seorgpun yang benar2 melekat dihati..maksud aku yang aku rasa special..biarlah mereka berlalu bagaikan angin tiap kali daun gugur..sebab tu biarkan mereka terbang tinggi seperti aku ini...
Hidup ini tidak perlu Rule..macam itu juga aku..aku tidak suka dikongkong..diperguna..kerana aku bukan lagi hidup di zaman dulu..Sychology aku juga semakin tinggi..bila melihat org sahaja aku boleh tahu dia ikhlas ataupun tidak..hmmm dunia ooo dunia..begini lah caranya..
terkadang aku mahu susun ayat dan menyenaraikan nama2 yang telah menyakiti aku..tapi..bila fikir2 balik ..patutkah aku..ataupun biarkan sahaja mereka..sehingga karma menanti..
hmmm ..mengeluh lagi..kenapa aku mengeluh eak..bukankah aku katakan aku lega..hmmm..entahlah..episod ini belum berakhir..mungkin aku patut senaraikan cerita2 aku yang indah disamping mereka yang sudah pergi..mungkin lebih cantik dan lebih sedap bila org membaca dari terus membaca kisah duka aku diperguna,diperalat oleh kawan2 sendiri..bagi aku biarlah mereka meletakkan aku di level paling bawah..yang peling penting aku kenal diri dan kemampuan sendiri..
hidup ini perlu terbang tinggi..nnti kita cerita lagi
Sunday, 5 May 2019
berlalu
menanti..
tak tau berapa banyak penantian yang bakal berlaku
aku tahu dia tidak akan memandang
berlalu bagai daun yang gugur
bahayakah percubaan ini
percubaan yang menyatakan cinta
dia tidak merasa
sebaliknya aku terpaksa pergi
kesilapan yang tidak dapat diduga
mengetuk hati..bergetar seawal usia..
aku tahu pertemuan ini singkat
tetapi aku bangga
kerana hatinya pasti tersentuh
senyuman..lirikan..
dan erti cinta kepadanya
biar berlalu
aku tidak mengharap lebih dari itu
lalu aku mengambil keputusan utk pergi
meninggalkan dia ..
meninggalkan kenangan indah
kisah yang tak mungkin padam
tapi masih dalam hati
Sunday, 1 January 2017
Selamat Tinggal Duka..
Yang Berlalu Biarlah Berlalu..
Bila lihat awan biru langit cerah hari ini..
betapa aku Bersyukur kerana
masih diberi nafas untuk
lalui kehidupan ini..sekali lagi syukur..
Banyak Kenangan lalu yang indah juga
manakala yg pahit itu usah dikenang
jatuh bangun itu ayat biasa..
so pada tahun ini kita ubah sikit konsep
jika duka datang ..kita lalui dengan tabah
dengan cepat menyelesaikan masalah dan bangkitlah
walau sesusah mana sekalipun..
Kini kembali utk sekian lama
kali ini betul2 kembali ya
bukan mudah untuk mencipta sesuatu yg baru
melihat keindahan ibu kota..
mana mungkin kita bisa ketinggalan utk
melalui zaman fashion ketika ini..
Bila ingat balik cerita lama
jalan2 di jakarta, lalu ke bangkok,
teringat pula detik di Korea,
merasa keindahan Tokyo dan Osaka,
Pulak berkesempatan pergi ke London Dan Paris,
Turkey pula sangat menarik, Hong kong nan lalu merasakan perjalanan diri ini
Kesibukan kota Singapura, membuat kan aku berehat sebentar di Bali,
Melihat Gelagat Mereka Di Phuket..terasa Terbang Bebas Diri ku di awan Biru
ini dunia ku...Dulu kau Rasa kau nak Terbang Tinggi-Tinggi..
Bukan kah impian itu telah tercapai..
jom kita bekerja keras ..
dan Repeat Oder lagi ..Senyum Sorang2 ..
Selamat Datang 2017.. Dgn Penuh Semangat...ya..!!
Saturday, 20 February 2016
My New Post
Rasanyer dah lama tak online..rasa dah nak kering kontang idea ini..tak tau la..tapi bila tengok2 balik blog terasa rindu..masakan kita lupa akan kehidupan lalu..
Banyak dah belajar..Rasanya dah lebih 8 Tahun..mmm Struggle is Real..atau lebih tepat lagi..segalanya lakukan dengan sendiri..mana yang dah lepas harus dilupakan..Alhamdulillah Rezeki masih ada..
Mungkin sudah dewasa..kesedihan itu dah makin tiada..atau lebih tepat lagi..menangispun tiada guna..buat apa nak fikirkan segala kesulitan ..esok lusa datang balik..so Move on..
Belajar sesuatu yang baru dan tidak tergesa2 dalam satu perkara mungkin itulah jalan terbaik..kekadang kita dapat memikirkan kehidupan tak sama dan mengharapkan kebahagiaan datang secara tak terduga..
Bila cakap pasal kawan lama..who I'm gonna miss..urmmm tak tau la nak cakap..semua buat hal..ada kehidupan mereka sendiri ..dan mungkin mereka sama macam aku..ada hal yang perlu diuruskan dan yang lebih tepat lagi..sudah ramai kawan...
Terdetik nak Tanya khabar..mungkin mereka sedang bergembira..dan mungkin juga tengah menikmati kebahagiaan yang ada didunia ini.. adalah lebih baik jangan kacau..
Mengeluh ..
Memang kekadang aku tidak tahu apa yang aku harus cari..jaga hati manusia memang tidak lah sebab aku tidak pandai untuk menasihati org lain..kerana aku sendiri tidak dapat uruskan nya..mana yang ada depan mata itu lah nasib..mungkin terlalu manja..
Kerja
kalau dilihat dari sudut ini..Alhamdulillah dengan rezeki..aku Syukur..kesukaran tak sama macam dulu makin lebih baik...dan aku harap juga aku akan lebih baik lagi pada masa masa akan datang ..
Apapun yang terjadi..
hidup perlu diteruskan..tak guna sakit hati atas kejayaan org lain..sebaliknya belajar dari kesilapan dan be the best among the best..
oklah setakat ini..mungkin kita jumpa lagi..ahahha 4 sure not 8 years from now hahaha
Sunday, 19 July 2015
Begini..
ada yang kata aku lupa diri.
tapi diri susah untuk meluah..
Bangun ku menangis lalu tidurlah ubatnya
hati retak dah pecah dalam-dalam
tapi luarnya ibarat mekar bunga cempaka..
kata2 indah mampu hiburkan orang lain..
tapi tak mengapa aku sendiri tanggung..
Ke kiri rasa tersiksa..
ke kanan..tak mampu nak kata..
terkadang mampu diam dan sabar..
tiada harapan meraih undi..
aku tak mampu hipokrit..
aku dengan dunia sendiri
tak kisahlah mereka tak faham
kesudahan begini jadinya..
hidup move on dan teruskan..
gagal tu dah biasa ..
teruskan jugak hidup selagi terdaya
Saturday, 4 July 2015
Kita Telah Segalanya..
mana nak fikir balik kg..tinggal kat mana..masa lagi
kenapa aku seringkali memikirkan dan memikirkan perkara yang bakal belaku..
berat kepala ini..apakah faktornya..
Terkadang aku ingin mengambil jalan yang singkat
jalan yang mudah bagi ku..jalan yang tak payah pening2 ..
pening kepala ini..entahlah..
kadang2 aku fikir buat apa yang ada depan mata sahajaa..aku gagal mengaturnya
perlukan seseorang itu terlalu lambat dan buang masa bagi aku..
tak per la biar lah aku aturkannya..
Dunia ini berputar lagi..
terkadang aku rindu kawan lama..
terkadang aku rasa perlu move on dalam hidup..
kerana masing2 terpisah kerana mengejar cita2..
dalam hati ini tidak punya perasaan yang tidak mahu melihat sapa sahaja Berjaya..
bersyukur dapat berkenalan dan mengenali itu satu nikmat
kini aku kena cipta memori indah ..
cari tempat baru dan mencari ilham..
kau tahu aku dapat melupakan mu Notty..
sekian abad aku ingat kamu..
dan kini aku Berjaya..
tahniah..
kebahagian itu datang dari diri kita sendiri rupanya..
kini aku sangat gembira..
mengorak langkah..
Thursday, 1 January 2015
Semangat Baru..
aku kembalikan lagi sinar yang malap
gelap seakan tiada
tapi aku yakin
aku mampu bangun..
bangun dari tidur ..
jangan malas
itu pesan
kat sini aku tiada siapa2..
jadi
Teruskan Usaha.
Friday, 12 December 2014
Kerana kau
aku hilang idea
hilang segala semangat
hilang password..
tapi kini.
aku kembali..
kau cari aku..
tak payah !
Thursday, 8 May 2014
Kau yang Aku ada..
aku tidak pernah sedari
pergi ..dan kini kembali..
terdetik untuk bersama
tapi kebahagian bukan milik kita
kau ada tapi jauh
aku ada dekat sahaja
tapi ..
kita terpisah..
kerna ikatan itu
tidak ditanganku..
kau datang menagih..
sedangkan aku sendiri seorang
melihat kecurangan..
tatkala hati berbisik
kau yang aku ada
sebahagian hidupku..
tidak pernah merasa
ingin pergi..
tapi..
walaupun kau ada
kau bukanlah milikku
lalu aku kotakan niat
untuk pergi jauh
biar sendiri.
tidak tersiksa..
lalu melupakan
segalanya...
Thursday, 3 April 2014
Budak Belanda
i love bali..
itulah dari sepatu yang aku nampak
tertera..
lalu aku diam..
pastinya itu hanya selingan
tidak akan ada 2 atau 3
akhirnya..
pantai menemukan kita..
aku mengambil langkah menegur..
kau adalah Budak Belanda..
Aku Suka kau..
adat kita berbeza
tapi kemesraan kita serupa..
ada kata mungkin tidak terluah..
tapi kita gembira..
Disebalik kejauhan..
aku masih teringat akan dikau..
bila kau katakan sesuatu yang bisa buat aku
tersenyum..
itulah..
kenanangan paling terindah..
Hanya Di Bali..
Monday, 10 February 2014
Kini Kau Rasa..
sedekat lamanya
dan kini tiba masanya
kau jugakan rasa
Tiba gelap malam
kau mulakan langkah
aku tersenyum..
namun aku tak dapat bayangkan
kepuasan aku untuk membalas
setiap msg yang telah engkau berikan..
kau mengingatkan aku
zaman kita kenal..
dan kejujuran aku juga
telah memusnahkan impian..
kau tidak pilih antara satu
sebaliknya kau tamak
bila kau dapat dia..
kau kembali kepada aku
mungkin kau bilang kau juara..
kau memang hebat..
dan kini kau datang..
merayu, merintih dan inginkan
kesemuanya..
kau sangka kau hebat..
aku tersenyum..
dan kini aku mulakan langkah
agar kau terus menagih..
itulah yang aku lakukan dulu
menagih cinta palsu..
Dunia ini berputar
dan ingin aku katakan..
lets the game begin..
Saturday, 8 February 2014
Sang Sayu Lepaskan Diri..
sangat sayu penceritaannya..
bila cinta tak berbalas..
sayang menjadi dendam..
Sememangnya dia kalah dalam pertaruhan..
lima lawan satu..
berlainan jantina..
tapi dia sebagai satu ini..
mampu berdiri..
tanpa rasa hampa..
Ternyata dia hebat..
kerana kegagalan berbuat begitu
menjadikan org lain bisa memperguna..
lalu dikuatkan semangat tuk bangkit..
tatkala airmata itu dikenang..
segala risau dan dendam telahpun hilang..
itu semua duniawi katanya..
ketawa jadi gaduh..
benci hilang sayang..
berpaling kerana tidak mahu mendengarnya lagi..
kalian biasa kagum tertawa..
sebenarnya..
kalianlah bermasalah..
bukan satu ini.
Thursday, 6 February 2014
Ketepikan Rasa..
kenapa aku masih melihat wajahmu..
bukankah itu mendatangkan luka..
terkadang aku tertanya
tanpa luah..bagaimana kau dapat merasa..
Ku ketepikan Rasa..
biar ianya pergi..
jauh dan tidak kembali..
lalu aku berjalan sambil pasang lagu kuat
sedih bukan..
jika ada lagi ketika kita ditakdirkan terjumpa
tidaklah aku malu untuk tersenyum..
luka itu telah lama pergi..
jantung bedegup tapi hati telah pun merelakan..
hari berlalu pergi..
kau menupdate lagi pic2 mu..
berjuta like..
pasti bangga..
aku ..
ketepikan rasa itu..
selewatnya kita hanya kawan..
tidak lebih tidak kurang..
Rasa..
aku tak mahu rasa lagi..
ianya sakit..
Tuesday, 4 February 2014
Insan Gagal Itu
jika tidak dapat layanan
sepertimana yang diinginkan..
kau ada dia..
berjalan berdua..
depan mata..
aku lihat kau..
kau langsung..
tapi bukankah..
kita selalu impikan pertemuan..
kau kata kau sibuk..
ke mana sahaja ku ajak..
kau kata jauh..
tapi ..
kau ada didepan mata..
betul2 dekat..
depan mata..
hati ini sebak
tapi aku ini insan yang sangat kuat..
drama hebat ini aku pasti lawan..
mempertahankan diri ibarat tidak diluka..
tatkala aku singgah di satu tempat
kau datang bersama dia..
aku tahu kau perhatikan aku..
kerana kita amat mengenali..
dengan selamba aku berlalu pergi..
ibarat tidak memandang..
ternyata..
akulah insan gagal itu.. :(
Wednesday, 15 January 2014
Janji Dia..
tapi bila taburan wang telah terlihat
terasa diri ini kosong tiada apa..
dia biasa mencuri sahabat sejati
dan dia bakal digelar musuh..
tapi..
jika wang bisa membina ikatan..
apa lagi musuh dilabelkan..
aku tidak mampu tatkala itu..
malah menagih sekeping hati
melalui getaran rahsia jiwa..
lalu..
ku bina ikatan dengan kejujuran..
aku tidak bisa hipokrit..
merasa lucu dan boleh mengembira kan orang lain
itu adalah rahsia kejayaan..
orang bisa senang
dengan permainan
tanpa tikaman ini..
aku selitkan sebuah memori indah ini..
itu yang aku dan dia janjikan..
walaupun impian tak tercapai awan
tapi..
aku bahgia tatkala bercerita tentang ini..
bila dewasa ini..
aku lihat dia tidak lagi seperti yang aku banggakan..
walaupun dia di gred A aku hampir di gred Z..
aku dapat memiliki kebahgiaan yang dia sendiri tidak dapat impikan..
itu wang yang kau kejar..
tapi jalan keikhlasan ku ..
telah membuka mata ku ..
aku bahgia.
Monday, 6 January 2014
Coba Kau Gengam..
tersimpan satu rasa..
adakah bahgia..
adakah derita..
Jalan yang ada terbentang..
ayat2 cinta juga banyak kelihatan..
malah ada yang dekat..
lalu dijauhkan..
tidak akan sama dengan yang lalu
bagaimana mencari penganti..
seakan berbeda pendapat.
atau nanti menangis kerna tersalah pilih..
atau nanti keputusan yang meluka..
bertabur cinta yang tidak biasa diterima..
cuba kau gengam hati ini..
ianya masih kosong tak terisi..
terpalit oleh kisah2 lama yang telah dicuri..
bakalkah bahgia..
atau nanti
hanya memori luka
yang ingin dikongsi bersama..
coba kau gengam
perasaan ini..
seakan berlari..
lalu terbang jauh..
tiada nokhtah.
Monday, 16 December 2013
Aku kan Lupa..
itulah yang aku titipkan dalam hati..
aku cepat lupa dan biarkan ianya pergi..
kerana bagi aku tidak lah baik tuk diri
jika aku terus memikirkan..
usia bukan penghalang..
walaupun bayang2 silam masih kelihatan
aku tidak mahu ketinggalan menikmati
nikmat hidup ini..
lalu aku luangkan masa
kepada sesiapa sahaja yang sudi bersama..
gigihkan diri menyertai mereka
dan tidak sanggup keseorangan..
aku akui terkadang aku memang biasa sendiri
adakah itu lebih baik ?
tanya hati ..
telah lupakah aku pada dia..
aku telah melupakan dia lebih awal
walaupun dia tetap menganggu..
satu hari kita kan jumpa..
tatkala hati mahu melupakan
datang pesan2 penting yang tidak aku lupa..
kau palitkan luka..
parutnya tetap ada..
Tidak Berganti..
tak jumpa matahari..
kemalasan berganda..
aku tidak selalu begini..
tapi aku selalu mungkirkannya..
tatkala hati malas..
ada semangat yang sering mendesak..
tatkala dia pergi..
aku cuba bangun tanpa menyesal..
aku akan cuba bangkit..
Ruang masih kosong..
dan kekosongan itu..aku tidak pernah kongsi..
aku gagal sebenarnya..
tuk membina..
aku kabur dalam mengecapi bahgia..
kebahgiaan itu kadangkala senang dicuri oleh orang lain..
tapi aku tidak pernah takut..
malah tidak berputus asa..
hari ini tiada sinar..
tapi aku yakin aku biasa bangkit..
bangkit dari segala kesilapan..
terpesongnya diri dik kerana nafsu..
aku selalu ikut..
tapi tidak benarkan ianya berterusan..
hati yang luka tidak pernah berganti..
namun aku tidak pernah rasa itu semua
permusnah segalanya..
esok adalah hari yang baru..
janji lagi..
janji dengan ku ya..